» Tuesday, March 18, 2008

Aloha


Helew semua! :-) Sudah lama aku tak menaip kat sini, sangat lama, hehe.

Sebenarnya, aku tak berkesempatan nak menulis lagi disebabkan sibuk dengan kerja dan juga fotografi. Disebabkan kurang menulis tetapi banyak pula mengambil gambar, aku dah buat satu Photoblog untuk semua hasil kerja.

Dan disini, dengan rasmi nyer, blog nie sampai disini sahaja :D
Semua nyer akan beralih ke Photoblog.

Bolehlah semua lawati Photoblog aku. Klik sini --> zamdeeFotogurafi - Photoblog. Segala komen amatlah dialu-alukan disitu. Selamat berkunjung, muahssssss :-x

» Thursday, September 06, 2007

Coretan dari Ang Mo Kio

10/08/07 - Ditemani Buttet, aku sampai di Woodlands, Singapura lebih kurang jam 5.30 petang. Tujuan aku pergi Singapura adalah untuk mengambil gambar perkahwinan Irwan Dolmat dengan pasangannya, Halimatus Sa'adiah. Ini adalah kali pertama aku memberikan perkhidmatan fotografi luar dari Malaysia. Sampai sana, Buttet terus telefon Pak Mat, seorang fotografer dari Yishun, Singapura yang umurnya hampir mencecah 60 tahun. Sementara menunggu Pak Mat, aku dan Buttet melihat sahaja gelagat orang lalu lalang sekitar Woodlands.

Masuk sahaja kereta Pak Mat, terus Buttet bersuara, 'Pak Mat, jom kita pegi makan. Kitowang lum mkn lagi. Bas td tak berhenti makan'. Sepanjang perjalanan dari Klang, bas hanya berhenti untuk penumpang membuang air kecil. Memang perut kami sangatlah lapar.

Selesai makan, kami terus menuju rumah Pak Mat di Yishun untuk membersihkan diri sebelum meneruskan aktiviti yang lain. Jam 8.30 malam, Pak Mat bawa kami ke Merlions City, ambil gambar suasana malam disana. Wah, memang sangat ramai orang disini.


* iklan - Pak Mat, aku & Buttet di Merlions City *

Setelah penat, aku terus call Din, kenalan yang aku kenal melalui Shahzan. Malam itu, aku dan Buttet bermalam dirumah Din. Owh, Din sudah berkahwin, Sam nama isterinya.

11/08/07 - Jam 10 pagi, Din terus bawa kami ke Ang Mo Kio, destinasi yang sebenarnya untuk kami tuju. Ang Mo Kio adalah rumah pengantin perempuan, Halimatus Sa'adiah. Majlis dimulai dengan acara marhaban. Seramai lebih dari 50 orang telah menyertai acara marhaban. Sebenarnya, aku dan Buttet agak terkejut juga semasa sampai di Ang Mo Kio kerana melihat khemah dan pelamin pengantin yang sangat besar dan dihiasi dengan bunga hidup yang sangat cantik sekali.


* iklan - aunty-aunty yang sedang kusyuk. maaf, ini bukan aunty Zain, ekeke *

Selepas acara marhaban, pengantin perempuan duduk diatas pelamin untuk acara bergambar. Sa'adiah memang mudah untuk bergambar. Jadi aku dan Buttet mudah untuk menjalankan tugas. Kadang-kala, kerjasama antara jurugambar dan pengantin adalah sangat perlu untuk menghasilkan gambar yang memuaskan hati.

Kemudian, kami meneruskan acara bergambar didalam rumah. Sa'adiah ada satu lagi persalinan. Kerja-kerja selesai sekitar jam 6 petang dan kami dijamu dengan nasi beriyani yang sangat sedap. Oh ya, kalau di Singapura, daging kambing memang menjadi pilihan utama berbanding daging lembu. Aku memang suka dengan daging kambing, yum yum. Kalau aku suka, Buttet lagi lah suka, hahaha.

Jam 8.30 malam, Din bawa kami jenjalan sekitar Singapura. Dan yang lawaknya, dalam banyak benda yang boleh dibeli, Buttet nak beli durian. Aduh, bukan main banyak durian di Malaysia, di Singapura juga yang Buttet nak beli, hahaha. Dan semestinya, durian di Singapura adalah diimport dari Segamat, Johor, hahaha. Buttet owh Buttet. Eloklah, memula layan kambing, lepas tu layan durian. Fuh, berapi badan malam tu. Nasib baik bilik tidur di rumah Din ada penyaman udara, hehehe. Warghhh, sangat nyenyak tidur.

12/08/07 - Selepas sarapan di Ang Mo Kio, Din hantar kami ke Yishun, rumah pengantin lelaki, Irwan. Macam biasa, dimulai dengan acara marhaban. Selesai marhaban, pengantin berarak ke Ang Mo Kio dengan bertemakan baju berwarna oren. Perjalanan dari Yishun ke Ang Mo Kio lebih kurang 20 minit.


* iklan - sriyes juga uncle nie bermarhaban, hihi *

Bayangkan, khemah yang besar di Ang Mo Kio sudah penuh dengan tetamu apabila kami sampai sekitar jam 1 tengahari. Suasana sangat meriah dan aku dapat rasakan yang kemeriahannya adalah berbeza dengan suasana perkahwinan di Malaysia.

* iklan - semua dah tunggu, huhu *

Irwan perlu melalui beberapa tol, hehehe. Acara biasa bagi perkahwinan Melayu. Ada kejadian yang aku tidak tahu nak kategorikan samada malu atau kelakar, hehehe. Tengah seronok aku ambil gambar, tetiba kedengaran bunyi yang kurang menyenangkan. Aku kaget lalu pandang kiri dan kanan. Dan aku yakin tidak ada orang yang perasan, hehehe. Terus aku panggil Din dan terjadi perbualan tersebut.

...Aku: Din, kereta ko mana kat mana?
...Din: Ada kat tepi tu jer, kenapa?
...Aku: Mintak kunci. Aku nak amik brg.
...Din: Barang apa seh tengah sibuk2 nie?
...Aku: Seluar!!
...Din: Seluar??
...Aku: Ha'ah, seluar. Seluar aku koyak nie, hehe.
...Din: Ek elehhh (terus gelak)

Hehehe, giler. Boleh koyak plak, tensi tensi.


* iklan - kena tol pulak, igt kat highway jer ader tol :p *

Setelah selesai pengantin bergambar bersama keluarga dan juga tetamu, pengantin diarak kembali ke Yishun. Di Yishun, acaranya sama seperti di Ang Mo Kio. Pengantin bergambar dipelamin. Hanya di Yishun baru ada acara makan beradab dan tukar baju persalinan.

Apa yang aku dapat perhatikan dalam majlis perkahwinan di Singapura, mereka hanya perlu mengambil masa yang singkat untuk selesaikan majlis dikedua-dua belah pihak memandangkan Singapura adalah sebuah negara yang kecil. Dalam masa tidak sampai 6 jam, pengantin dapat selesaikan 2 acara berarak dan bertandang sekali gus. Mudah dan menjimatkan masa.

Menurut Din, kebanyakkan majlis perkahwinan Melayu disini memang mengamalkan majlis yang begitu kerana untuk menjimatkan masa. Ini adalah satu pengalaman yang baru dan menarik bagi aku dan Buttet.


* iklan - kembali ke Yishun *

Setelah selesai di Yishun, pengantin diarak kembali ke Ang Mo Kio. Sememangnya acara akan diakhiri di rumah pengantin perempuan. Acara memotong kek diadakan di Ang Mo Kio dan selepas itu, kembali kepada acara bergambar.

Dan apa yang dapat aku perhatikan lagi, untuk menjimatkan masa, acara menepung tawar atau merenjis pengantin memang tidak diadakan. Erm, sememangnya acara begitu hanyalah sebagai adat.


* iklan - keayuan Halimatus Sa'adiah *

Acara selesai sekitar jam 7 petang. Aku?? Memang letihhhhhhh, phewww. Tapi sangat berbaloi dengan beberapa pengalaman baru yang sangat berharga.

Malam tu, kami tidak bermalam di rumah Din lagi sebaliknya bermalam di Yishun, rumah keluarga angkat gitu :D

13/08/07 - Berangkat pulang dari Yishun seawal jam 6.30 pagi sebabnya aku dan Buttet belum beli tiket keretapi lagi, hehehe. Aku dan Buttet sengaja balik naik keretapi sebab nak layan goyang-goyang badan sambil tidur, hehehe. Kami menaiki keretapi jam 8.30 pagi.

-----

Ada beberapa pengalaman lain yang aku dapat ambil pengajaran semasa berada di Singapura:-

...1. Penduduk yang kebanyakannya sangat berdisiplin.
...2. Kawasan sekitar yang kebanyakkannya bersih.
...3. Penguatkuasaan yang berkerja.
...4. Paling penting, semua teksi disini pakai meter dan teksi
...4. sangat selesa/bersih.

Bagi aku, semua perkara ini lahir adalah dari pemerintah yang berkerja dan komited pada tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat. Bukan pemerintah atau pemimpin yang TIDUR! Walaupun aku tahu, semua perkara di Singapura melibatkan duit tapi ianya telah membuatkan rakyatnya rajin bekerja.

Oppssss, adakah aku mengagungkan negara orang lain? Tidak, aku hanya mengambil pengajaran dalam beberapa perkara yang aku anggap penting.

-----

Di sini, aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada Din & Sam yang telah memberikan layanan yang baik kepada aku dan Buttet. Juga untuk pengantin, Irwan & Sa'adiah kerana memberi kerjasama yang baik semasa sessi mengambil gambar. Kepada Pak Mat & Mak Mah, walaupun baru pertama kali berjumpa tetapi layanan yang diterima seperti kami telah lama kenal. Dan tidak lupa juga kepada Shidah & keluarga, walau sekejap sahaja di Yishun tetapi cukup memberikan keselesaan kepada aku dan Buttet. Makaseh sumeeeeeeeee, muahssssss!!

Eh, lupa plak. Makaseh juga kat Buttet, hehe. Buttet memang mudah untuk memberikan kerjasama dalam kerja-kerja mengambil gambar perkahwinan. Sebab itu aku suka mengajak dia. Ok Buttet, ada keberuntungan, kita pergi Singapura lagi :-)


* iklan - Selamat Pengantin Baru kepada Irwan & Sa'adiah *

Testimonial dari Irwan & Sa'diah setelah melihat hasil kerja yang dihasilkan:-

"Thank you for accepting this job. Even though the distance was far, you have to cross hundred miles just to get here to capture our wedding. We really appreciate it! Your pictures, no other words to say but they are all beautiful!! You have done excellent job in capturing different expressions and emotions, from happy and cheerful features to the dramatic 'Niagara falls' moments. They are all wonderful! we're indeed a pair of happy and satisfied customers. With the professionalism that you've shown really appropriate even more with the price that you charge. We hope you have had a good time here in Singapore, had a good stay, had a good meal of Nasi Briyani Singapore style, had a good journey home, and best of all had fun and enjoyed the whole wedding experience! Thanks again! Thumbs up!"

* Layari www.zamdee.net untuk gambar yang lain *

» Tuesday, July 24, 2007

Jangan Ponteng Kelas

Pada hujung minggu lepas, aku dan rakan menghadiri majlis akad nikah seorang lagi rakan di Kuantan. Semasa dalam perjalanan pergi dan balik, memang banyak cerita yang diperbualkan. Dan semestinya tentang perkara yang lucu ataupun yang boleh dijadikan iktibar kerana cerita tentang perkara sedemikian memang boleh menghilangkan rasa kebosanan untuk perjalanan yang jauh.

Salah seorang rakan kami adalah seorang guru bahasa Inggeris yang berpengkalan di Johor Darul Takzim. Dia memang banyak berceloteh didalam kereta mengenai pengalamannya menjadi guru. Dalam banyak cerita, satu cerita ini yang memang membuatkan kami satu kereta ketawa terbahak-bahak. Kisah ini berlaku semasa pada hari pertama dia mengajar di kelas tingkatan 4.

Guru: What is your name?
Murid: (hanya berdiam diri sambil kepalanya tunduk ke bawah)
Guru: Ehem, what is your name?
Murid: (mencuit rakan sebelah)
Guru: Okay, kamu nama siapa?
Murid: Owh, nama saya Mohd Shamsul …. Bin ….
Guru: (owh, tak paham bahasa Inggeris rupanya – kata rakan
...........ku didalam hati sambil tersengih)
Guru: How should I call your name?
Murid: Teacher tak boleh call sebab saya takde handset
...........* Murid-murid yang lain terus ketawa terbahak-bahak *
Guru: (terus berpaling dan gelak sendirian sambil tutup mulut
...........cover gelak)

Jadinya, apa lagi kami yang dalam kereta ni, memang ketawa terbahak-bahak. Memang tak boleh tahan. Aku rasa, untuk soalan yang kedua tu, murid itu hanya tahu perkataan 'call' saja, itu yang membuatkan dia beri jawapan yang begitu, hehe.

Kalau aku fikir balik, memang ada rasa kasihan pada murid berkenaan kerana walaupun sudah berada didalam tingkatan 4 tapi masih lagi tidak mengetahui soalan bahasa Inggeris yang mudah.

Jadinya, disinilah timbulnya semangat keguruan yang tinggi pada rakan ku tadi untuk mendidik murid berkenaan dan juga murid lemah yang lain untuk mempertingkatkan lagi penguasaan dalam penggunaan bahasa Inggeris.

Moral cerita: Jangan ponteng kelas bahasa Inggeris :p

» Monday, July 16, 2007

Tuala Wanita

Hihi, inilah penangannya apabila satu hari buat 3 kerja, memang terasa kesibukannya. Maaflah rakan semua, aku memang sibuk kebelakangan ini. Masa memang terasa pantasnya berlalu. Kali ini, aku nak cerita benda yang entah macam mana boleh berlaku keatas diri aku, hehe.

Bulan lepas, aku pergi mencuci mata disebuah kompleks membeli-belah yang tidak perlulah aku sebut namanya, hehe. Aku tidaklah selalu mengunjungi tempat itu, cuma baru beberapa kali, kira tak ‘familiar’ gitu. Aku tiba disitu dalam masa yang tiada ramai pengunjung dan dengan erti kata lain, aku sedang ‘mengulor’, hehe. Tetiba, perut aku buat ragam pula. Aku pun bergegas masuk ke dalam tandas.

Semasa sedang membuang ‘hajat’, aku terperasan didalam tong sampah didalam bilik buang ‘hajat’ itu, terdapat sehelai tuala wanita yang masih terdapat kesan kotorannya (boleh ke aku panggil ‘sehelai tuala wanita’?). Aku pun menjadi hairan, mustahil dalam tandas lelaki ada tuala wanita. Aku pun bertindak hanya untuk berdiam diri.

Dan beberapa seketika, aku terdengar beberapa orang masuk ke dalam tandas dan aku sangat pasti yang orang itu adalah PEREMPUAN. Hah, sudah!! Aku dah salah masuk tandas!! Aku tiadalah panik sangat ketika itu kerana mereka tak nampak aku tetapi apabila silih berganti perempuan yang masuk dalam tandas, aku mula jadi panik. Macam mana aku nak keluar ni??

Tunggu punya tunggu, hampir satu jam juga aku berada dalam tandas. Memang letih, sudahlah tiada bahan bacaan. Aku cuma tunggu masa jer nak keluar apabila 'line clear'. Dan untuk beberapa seketika, suasana tandas kembali tiada orang, aku pun bergegas keluar. Sedang elok aku bukak pintu, bertembung pula dengan ‘bibik’ pencuci tandas. Terus dia menjerit, ‘Eh, buat apa dalam tandas perempuan ni??’. Aku pun dengan selamba jawap, ‘Saya salah masuk tandas, sorry’. Dan aku pun bergegas keluar dan aku terdengar dia berdengus, ‘Huh, ada gambar besar pun tak nampak.’. Aku pun bukan main gelak lagi, apa punya malang daaaa.

Aku pergi ke tandas tingkat bawah untuk pastikan kenapa aku boleh salah masuk tandas. Rupa-rupanya, gambarnya lebih kurang sama je. Hiasan dalamannya pun sama je, hehe. Aku terkeliru, chewahhhh. Aku tak sengaja tau masuk tandas perempuan, korang jangan salah sangka. :D

Moral cerita: Jangan ponteng kerja :P

» Wednesday, April 11, 2007

Kaki Kencing

Walaweh, sudah sangat lama aku tidak menulis disini. Aku sibuk sebenarnya kebelakangan ini. Banyak benda yang aku kena uruskan dari hal dunia hinggalah hal akhirat. Kenalah seimbangkan, lebih salah satu pun memang tidak boleh. Tidak kurang juga, aku sekarang sedang menilai sejauh mana keikhlasan rakan sekeliling dalam mengamalkan konsep kawan dunia akhirat. Ternyata, aku sekarang berada didalam keadaan gembira walaupun ada sedikit sedih.

Aku gembira kerana aku berjaya menapis beberapa orang rakan sekeliling dan menilai sifat mereka berpandukan apa yang telah ditetapkan. Rupa-rupanya, tidak ramai rakan keliling yang berani atau dengan ayat lain, ramai yang penakut. Syukurlah kerana aku dapat mengenal mana satu yang hanya berani dimulut tapi apabila sampai tahap untuk melakukannya, maka terserlah ketakutannya atau sifat pengecutnya.

Banyak faktor yang membuatkan rakan keliling aku jadi begitu, Faktor utama yang aku nampak ialah kekurangan rasa untuk berfikir. Malas untuk berfikir. Takut untuk berfikir. Fikiran mereka hanya untuk diterjemahkan dalam bentuk nafsu terhadap duniawi. Takut untuk kehilangan sesuatu yang bersifat sementara. Mereka memang seronok dengan alunan drama duniawi yang mereka lihat setiap hari. Walaupun mereka tahu itu tidak kekal selamanya tetapi mereka tetap meneruskan juga. Bagi aku, itu sifat manusia yang hina. Akal mereka gagal berfungsi.

Apabila sifat penakut/pengecut sudah menguasai diri, sifat menipu pula timbul. Percakapan sudah mula bercampur-baur. Sudah tidak fokus. Mereka sudah kehilangan sumber kekuatan yang meyakinkan, sifat ragu-ragu sudah pula menyelubungi diri sendiri. Kalau zaman sekarang, sifat penipu begini, orang panggil sebagai ‘kaki kencing’. Bagi aku, orang macam ini, lebih kurang macam katak saja. Sifatnya hanyir, kaki kencing, berlendir, lompat sana, lompat sini, tiada pendirian.

Yang sedih, cuma ianya berlaku pada rakan sekeliling aku. Tapi itulah, aku sedang menerap nilai-nilai supaya tidak sedih kepada mereka yang hanya mementingkan duniawi semata.

Hah, dan perkara kedua yang buatkan aku sibuk ialah aku sedang fokus pada perniagaan dalam bidang fotografi. Untuk permulaan ini, aku fokus untuk mengambil gambar pada majlis perkahwinan sahaja. Tetapi ada juga yang telah menempah untuk majlis sambutan hari lahir, majlis cukur jambul dan majlis yang kecil.

Sekarang ini, aku sedang menyusun untuk memberikan pakej yang mudah dan berbaloi untuk setiap pelanggan. Aku mesti untuk menerapkan konsep perniagaan yang sebenar atau yang telah ditetapkan dalam perniagaan fotografi ini dan apa yang pasti, aku tidak mengamalkan konsep pernigaan Islam Hadhari.

Setelah 2 bulan merasmikan perniagaan ini, respon memang baik. Aku harap, perniagaan yang mendapat sambutan kelak, tidak membuatkan aku gagal dalam mengimbangi dunia dan akhirat.

Aku telah namakan khidmat fotografi ini sebagai zamdeeFotogurafi.

» Tuesday, February 13, 2007

Kerana Kemarau

Panas betul sekarang ini. Kalau ikut dari bahan bacaan terkini, ini adalah kerana kemarau yang telah melanda dan dijangka berterusan hingga ke penghujung tahun. Kebetulan juga untuk permulaan kemarau, aku tiada urusan mengambil gambar kahwin atau urusankan kerja pejabat diluar. Kalau tidak, pasti air mineral bakal menjadi teman setia, heh.

Kalau bercerita mengenai kemarau, bukan sahaja Mesia sahaja yang merasainya. Kalau ikut skop yang kecil, aku juga mengalami kemarau. Kemarau dari segi idea dan juga ilmu. Aku pasti, disebabkan kekurangan ilmu menyebabkan aku mengalami kemarau idea yang agak kritikal. Ramai dan banyak juga pihak yang membantu cuma kadang-kala diri rasa seperti berasa kecil untuk bertindak diluar kemampuan. Dan aku dapat rasakan, kemarau yang melanda diri, telah beransur pulih cuma pulih secara total, hanya menunggu masa sahaja. Masanya adalah sangat dekat.

* iklan: majlis tertutup untuk Hanim *

Sepanjang sebulan yang lepas, aku telah dapat melihat beberapa orang yang telah dilanda kemarau idea dan ilmu dengan teruk. Aku mula berasa bertuah kerana aku tidak sebegitu. Cuma aku terfikir mengapa mereka bertindak meloloskan diri dari tempat berlindung. Mereka lebih rela menahan kehausan idea dan ilmu bersama orang yang mereka anggap akan memberikan idea dan ilmu atau tempat berlindung yang lebih baik dari apa yang ada sekarang. Kalau dahulu, orang inilah yang aku dengar merungut dalam mencari tempat berlindung. Sayang sekali kerana mereka hanya melihat pada luaran sahaja tempat berlindung itu dan sudah membuat pelbagai anggapan. Mulut mereka hanya berdegar-degar.

Walaubagaimana pun, aku tidaklah perlu gusar dengan kemarau yang melanda sekarang. Semuanya sudah berlaku dan pasti berlaku serta sudah pasti akan berakhir. Walaupun ramai sudah mengetahui perihal itu tapi segelintir sahaja yang bertindak dan mencari jalan untuk mencari tempat berlindung dari kemarau yang sedang melanda. Ini adalah kerana manusia adalah ciptaan terhebat sehinggakan manusia sanggup memilih dari dipilih.

Aku merasa pelik kerana ramai yang selesa ke hulu hilir, berlari telanjang bulat, membuat kerja yang tidak berfaedah, bekerja dengan teruk atau bermain bola keranjang pada musim kemarau. Mereka rela berada dalam kepanasan kemarau dari mencari tempat berlindung.

* iklan: Izah nak pegi Dubai *

Kemarau yang melanda pasti ada penghujungnya, itu sudah semestinya. Sesiapa yang mencari tempat berlindung sekarang, pasti merasai nikmatnya apabila kemarau berakhir. Ia adalah berbeza dengan sesiapa yang hanya menunggu kemarau itu berakhir. Anda dipihak mana?? Mencari atau hanya menunggu??

* Syabas diucapkan kepada Adibah Noor kerana mengakui kesilapannya. Adibah Noor telah membuat kenyataan terbuka mengenai kesilapannya dalam sessi pembacaan sepotong ayat Al-Quran semasa pembukaan lagu Terlalu Istimewa pada Anugerah Juara Lagu ke 21 yang lepas. Terlajak perahu, boleh diundur. Telajak kata, buruk padahnya, chewaaah *

» Thursday, January 25, 2007

'Terlalu Istimewa'kah Kita?

Aku ucapkan tahniah kepada Adibah Noor yang telah memenangi Anugerah Juara Lagu ke 21 dengan lagu Terlalu Istimewa. Memang aku tak nafikan, Adibah Noor memang mempunyai suara yang elok untuk didengari ditambah pula apabila menyanyikan lagu seperti Terlalu Istimewa.

Aku bukan nak ulas tentang lagu disini tetapi bagi sesiapa yang menonton persembahan Adibah Noor malam itu, pasti melihat pada permulaan persembahan nyanyian, seorang gadis kecil memulakan bicara dengan membaca sepotong ayat Al-Quran, dari surah An An'aam (6), ayat 14 yang berbunyi..

"Sesungguhnya rugilah orang yang membunuh anak-anak mereka, karena kebodohan lagi tidak mengetahui dan mereka mengharamkan apa yang Allah telah rezki-kan pada mereka dengan semata-mata mengada-adakan terhadap Allah. Sesungguhnya mereka telah sesat dan tidaklah mereka mendapat petunjuk."

Sebenarnya, kalau merujuk pada ayat 14 surah berkenaan didalam Al-Quran, ia adalah berlainan sekali kerana ayat 14 pada surah berkenaan adalah berbunyi seperti ini..

An An'aam (6), ayat 14. Katakanlah: "Apakah akan aku jadikan pelindung selain dari Allah yang menjadikan langit dan bumi, padahal Dia memberi makan dan tidak memberi makan?" Katakanlah: "Sesungguhnya aku diperintah supaya aku menjadi orang yang pertama kali menyerah diri (kepada Allah), dan jangan sekali-kali kamu masuk golongan orang musyrik."

Kalau mengikut pada kandungan yang dibacakan oleh gadis kecil itu, ayat yang sebenar adalah pada ayat 140, bukan 14. Surahnya tetap sama iaitu surah An An'aam (6).

An An'aam (6), ayat 140 "Sesungguhnya rugilah orang yang membunuh anak-anak mereka, karena kebodohan lagi tidak mengetahui dan mereka mengharamkan apa yang Allah telah rezki-kan pada mereka dengan semata-mata mengada-adakan terhadap Allah. Sesungguhnya mereka telah sesat dan tidaklah mereka mendapat petunjuk."

* iklan: gambar ihsan dari Minaq Jinggo *

Perlu diingatkan kerana kesilapan beginilah akan membawa kepada masalah yang besar. Jadi, aku tidaklah hairan mengapa negara Malaysia yang kononnya aman damai serta mengamalkan konsep Islam Hadhari dan amalam sistem demokrasi, masih lagi mempunyai masalah sosial dan kepimpinan yang teruk. Ini adalah kerana, tidak mengambil pengajaran dari apa yang terkandung didalam Al-Quran itu sendiri.

Dan gadis kecil itu mengulanginya lagi pada penghujung rancangan. Sememangnya, tiada siapa yang mahu perbetulkan selepas acara itu berakhir. Kasihan gadis kecil itu.

Siapa yang patut dipersalahkan? Terlalu istimewa kah kita sehingga boleh menyampaikan ayat didalam Al-Quran yang salah dan tiada siapa yang perbetulkan?

Aku semakin yakin bahawa apa yang terjadi di Malaysia ini adalah musibah, bukannya ujian.

» Monday, January 15, 2007

Adakah Aku Sudah Berumur?

Sebelum menulis lebih lanjut, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2007 kepada semua. Tidak terlambat lagi aku rasa nak bagi ucapan ni kat semua, hehehe. Lama dah aku tidak buka Blogspot ni disebabkan kerja pejabat dan juga kerja fotografi. Ada jugalah beberapa kali aku kena perli dengan boss, ’ko nie Zam, bz btul.. talipon asyik bunyik jer.. aku yg bos pun tak bz mcm ko’. Hehehe, aku hanya mampu sengih jer.

Bukan apa, dengan kadar inflasi yang semakin naik kat Mesia ni dan ditambah pula dengan kenaikan pelbagai benda, aku terpaksalah mencari jalan alternatif untuk mencari pendapatan yang lebih. Memang aku masih bujang tetapi itu semua untuk masa depan walaupun aku tahu bila aku mati, aku tidak membawa sekali harta ke dalam kubur, hehe. Lagipun, kemiskinan boleh membawa kepada kekafiran. Memang betul, aku dah nampak contoh didepan mata. Jadinya, aku perlu bersiap sedia sebelum kekafiran menjemput aku.

Ok, berbalik pada tajuk asal. Aku tak tahulah mengapa, dari hari ke sehari, jiwa dan hati aku macam semakin sensitif. Bukan sensitif sebab tidak boleh terima gurauan atau yang seangkatan dengannya tapi sensitif terhadap benda yang menyentuh perasaan. Keadaan ni berlaku bila aku mula menceburi bidang fotografi perkahwinan (mungkin juga sebelum itu lagi, cuma aku tidak perasan). Biasanya, selepas sahaja selesai majlis akad nikah, pengantin perempuan mesti mengalirkan air mata. Berpelukan dengan ibu bapa, adik beradik, sanak saudara sambil dengan air mata yang bercucuran. Yang aku hairan, air mata aku pun nak bergenang juga, haiyaaaa. Yang menjadi persoalannya sekarang, kenapa air mata aku nak bergenang??

Minggu lepas, paling kritikal. Apabila pengantin lelaki berpelukan dengan ibunya, pengantin lelaki terus bercucuran air mata disusuli dengan ibunya. Dan tidak semena-mena, ramai lagi yang mendaftar untuk menjadi ahli kelab bercucuran air mata. Dan air mata aku pun tetiba jer nak keluar. Nasib baik kamera yang aku gunakan agak besar, dapatlah aku menyorokkan mata aku yang tengah bergenang tu, hehe. Tapi selepas beberapa ketika, seorang kakak dari ahli keluarga pengantin lelaki ada menegur aku, ’Kenapa awak menangis sekali??’. Alamak, kantoi pulakkkk. Aku pun dengan selamba jawap, ’Sedihlah kak, tak tahu apsal’, uhuk-uhuk.

Mungkin aku begini sebab aku ada kenalan yang telah menemui kegagalan dalam alam perkahwinannya. Aku terfikir, betapa susahnya hendak menuju alam perkahwinan tetapi akhirnya menuju kepada penceraian. Tapi apa yang pasti, aku bergenang bukan sebab aku belum berkahwin lagi, hehehe.

Aku ingatkan, benda ni terjadi semasa mengambil gambar saja tapi ternyata aku silap. Ada beberapa hari lepas, aku terbaca berita mengenai kematian sebuah ahli keluarga akibat daripada van yang dipandunya terbakar selepas kemalangan. Ibu bapa serta anak mereka yang bongsu telah menjadi mangsa. Terlihat dipaparan muka depan akhbar gambar adik beradik yang lain saling berpelukan sambil bercucuran air mata. Aku baru baca separuh berita itu sambil mata asyik menjeling gambar ditepi tetapi tak sampai hati. Air mata terus bergenang lalu aku mengambil keputusan untuk tidak meneruskan bacaan.

Dan paling terbaru, semalam. Aku melihat video Saddam Hussein digantung. Aduhhhh!! Walaupun aku tidak tahu samada Saddam itu bersalah atau tidak tapi video itu memang menyentuh hati. Saddam dengan tenang memasuki kamar sambil ditangannya memegang kitab (aku harap ianya kitab Al-Quran). Ketenangannya membuatkan aku kagum. Sehinggalah selesai proses penggantungan itu, Saddam seakan redha akan pengakhiran hidupnya. Cuma yang orang kelilingnya sahaja yang kecoh. Yang membuatkan aku sedih ialah Saddam digantung dikala umat Islam sedang merayakan Hari Raya Aidiladha. Erm, sungguh memalukan!!!

Aku nak tanya pendapat kamu semua, kenapa ya jiwa aku semakin sensitif terhadap perkara yang melibatkan perasaan??

Dulu aku pernah terbaca yang semakin seseorang itu dimamah usia atau semakin berumur, jiwanya akan lebih sensitif dan peka terhadap keadaan sekeliling. Tapi, sampai kena bergenang air mata ke?? Erm.....

» Friday, December 15, 2006

Bukan Teman Tapi Mesra

Dah hampir dua bulan aku bermastautin di Klang, Bandar Diraja kononnya. Aku tak dapat pastikan kenapa aku boleh terima pelawaan boss untuk pindah disini. Mungkin sebab aku dah agak bosan dengan Kuala Lumpur atau mungkin aku nak cuba angin baru.

Disini, aku duduk seorang. Rutin agak tersusun, pagi sebelum pergi kerja, sempat juga sapu lantai dan malam bila balik, sempat juga masak didapur walaupun hanya masak air, hehe. Serba serbi aku buat sendiri walaupun kat Kuala Lumpur dulu aku memang buat sendiri tapi disini lebih terjaga dan terancang, chewah. Ada saja benda aku nak buat. Pernah juga aku 'berperang' dengan lipas. Aku, memang takut lipas. Lagi-lagi yang jenis terbang tu, memang boleh kelam kabut dunia dibuatnya. Masa 'berperang' tu, berjaya aku bunuh 12 ekor lipas sekali gus. Puas hati aku.

Bila agak dah selesai semua kerja termasuk kerja pejabat yang aku bawa balik, aku pun layan siaran LaTido di Channel 9. Ok juga lah, dapat tengok video clip yang baru. Tapi yang pasti, setiap hari ada video clip lagu dendangan Irwan Shah - Pencinta Wanita (betul ke ejaan namanya tu?). Apa yang aku perasan, mamat ni rerupanya mempunyai suara yang agak sengau bila tiba satu tone, hehe. Siap kena jadi bahan kutuk host lagi, memang hampeh. Sebenarnya, suara host itu pun lebih kurang sengau juga macam mamat tu, hahaha

Begitulah rutin aku setiap hari. Hari minggu, barulah aku pergi kemana-mana. Kemana tu, tak perlulah kamu semua nak tahu, shebuks je, hahaha. Cuma bila waktu aku dah tak tahu nak buat apa, mulalah aku terfikir yang aku ada kekurangan sesuatu yang begitu berharga dalam setiap diri manusia yang normal.

Sebenarnya, aku belum ada lagi teman hidup, uhuk uhuk. Jadinya, aku perlu cari teman hidup tapi bukanlah dalam keadaan tergesa-gesa cuma kalau tak cari, mana nak jumpa, betul tak anak-anak murid semua? Usaha itu penting, hihi. Ada orang kata, tak perlu nak cari sebab ia akan datang sendiri. Tapi bagi aku, tidak mengapalah. Yang penting, aku ada usaha kearah itu. Aku hanya merancang tapi yang pasti, Allah s.w.t yang tentukan. Oklah, aku nak pergi cari teman hidup. Teman hidup tau, bukan teman tapi mesra, hahaha. Bongok!!

* isteri bukanlah hak milik tapi anugerah - Cinta The Movie *

» Monday, December 11, 2006

Hantu Karipap vs. Hantu Tetek

Hari tu, mak talipon. Suruh ambil adik kat Stesen Komuter Seremban. Sekarang ni, rajin pula adik balik hujung minggu, hairan juga. Selidik punya selidik, rerupanya asrama tempat adik tu, sudah ada hantu. Aku tanya mak, ’Hantu apa yang ader kat situ?’. Mak pun jawap, ’Entah, kata nyer hantu karipap’. ’Apa??!! Hantu Karipap??!!’, hahaha. Lawak sungguh.

Masa aku ambil adik tu, berboraklah pasal hantu karipap ni. Adik cerita, hantu karipap ni, budak perempuan yang rambutnya panjang lurus dan sedang membawa bakul yang berisi karipap. Hantu karipap ni, muncul pada waktu malam je. Ada juga rakan adik yang terkena histeria kerana kekacauan yang dibuat oleh hantu karipap ni. Sepatutnya, hantu karipap ni kalau dibuat kawan baik, mesti tiap-tiap malam kenyang makan karipap hantu ni, hehehe.

Agaknya, kenapa dalam banyak-banyak kuih, hantu ni pilih untuk membawa karipap? Kalau ikut firasat aku yang untuk jadi bahan gelak ketawa ni, tak lain tak bukan ialah mesti masa dahulu, budak perempuan ni suka mengejek makcik jual karipap yang tak sedap. Lalu makcik karipap tu, sumpah budak perempuan ni jadi hantu karipap, hehehe. Tidak pun, budak perempuan ni dahulu, mati sebab tercekik makan karipap. Tak pun, mati dibaling dengan karipap, hahaha. Sudah, merepek jer aku ni, huhu.

Kalau masa aku kecil dahulu, ada juga kecoh pasal hantu ni tapi bukan hantu karipap. Hantu pada zaman aku ni, dikenali sebagai hantu tetek. Dengar cerita, hantu ni keluar pada waktu tengahari. Apabila sesiapa jumpa hantu ni, hantu ni akan tangkap mangsa dan masukan kedalam teteknya yang dengar cerita begitu besar teteknya. Ialah, kalau teteknya tak besar, macam mana dia nak simpan orang dalam tu, tul tak?? Hahaha.

* iklan: maaf, ini bukan hantu tetek, hehe *

Masa tu, memang aku seram ar. Balik sekolah pun, ramai-ramai dengan kawan. Tapi bila aku fikir balik sekarang, rugi aku tak jumpa hantu tetek. Ialah, hantu tetek, besar plak tu, giler best, hahaha. Layannnnnnnn!!